Friday, 13 July 2012

Trip Panas Badan Sebelum ke Laut :D


Tanggal 14-07-2012, 1 trip mengejut telah dijalankan mengjenguk mama-mama haruan di sekitar Tronoh (blakang TESCO). Ahli yg terlibat : saya (khai) dan bro danial.. tujuan trip ni diadakan adalah untuk bro danial ngetest mesin BC barunya dan juga aktiviti panas badan sbelum ke laut.. kekeke~

Aktiviti bermula pada jam 7pagi, ahli2 mula mengsiapkan joran masing2. Lontaran demi lontaran dilakukan sampai lengah tangan dibuatnya… jam 9, aku terlihat pergerakan anak2 haruan boiling memboiling, lantas ku baling gewang SFR-5 milikku ke lokasi anak2 itu. Lontaran ke -3, KABOOM!! Mama haruan mencakup gewangku.. saiz tak berapa besar, Cuma 500gram saje.. mama muda la katakan..


Tewas
Gigi yg menakutkan..


5 minit lepas kemudian, aku dapat lihat sekumpulan anak2 haruan lagi bermain2 di permukaan air, lantas ku lontarkan gewang ke situ. Retrieve sikit2, KABOOMMM!!! SREEEEEETTTT!!! “Omakkau! Bukan calang mama hentam nie”, hati berkata. at last, mama haruan 2000gram tewas.. 



nampak mcm bukan 2kg, tp alat ni salah scale ckit.. :D

YEAY! Muka puas. :D




Mama-mama ini dilepaskan semula ke habitat asal sebab depa ni ada tugas untuk membesakan anak2 depa. :D


Sunday, 30 October 2011

Org sibuk berdeepavali, kami layan siakap!~

        Hey!~ lama sudah tak update blog nih. Maklumlah sibuk sejak kebelakangan nih.. Repair moto, keje, tolong mak (erkkk~ yeke?),bla2~ haha.                                                          
             
        Aku ada sorang mmbe mancing ni, mmg kamcing  ah.. Akmal namanya.. Dy ni nk ambik STPM dah. So, kebetulan masa tu aku cuti, jadi dia ajak mancing bersama2. Lama dah ajak. Ak ja lambat respond. HAHA. Malasnye aku. -.- Okay! Masa tu aku baru je habis shift pagi, 7am-3pm. Fuhh -.- penat~ 

Krohh~~

         Tiba2 si akmal ni telepon. katanya dy dapat tangkap anak puyu pagi tadi. kalw ikutkn, musim ni mmg susah gila nak dpt anak puyu sbb ayaq dah lepas. Tapi heran, si Akmal ni leh plak dapat. Apa lagi, ON trus aku. punya la nk Clock Out awal, bwk moto full trottle. haha. sampai2 rumah, "eh, sapa ambik rod smua ni? " haha. Adik ak laju je dga kata jadi mancing hari ni.. cis.. haha. Salin je baju, trus start kete, g ambik Akmal, trus g!! 

          Minggu ni kami set main casting ngan anak puyu. pergghh!!~~ layan~ ni lah hasil kami.. :D
       
Landing time. penat gak. :D
Sesi bandingkn saiz ikan!
Guna Bakau Red Head sememangnya wat siakap marah!

Akmal ngan tangkapan dy

Admin bersama ngan hasil casting.

Untuk trip kali ni, guna umpan anak puyu xdapat pn. Sedih2. tp next trip ada!

Tuesday, 26 July 2011

Ayaq mati, tp kami still ENJOY!!

Last weekends, akhirnya, dpt gak aku lepaskn geram aku kat ikan2 nih. Daddys home!

   25/7/2011, ayah aku cadang nak p mancing kat kolam tu lg. :) weeee~~~  tapi, bila check balik calendar Islam, arrrgghh!! Ayaq  mati!! Mesti xbest mancing nih :(  dgn berbekalkn semangat n kehadiran Pak Lang aku, aku teruskan dgn plan tuh.

   Kali ni menarik sikit, kami p mancing waktu pagi. Dalam pukul 9 pagi, kami sudah melabuhkan joran masing2. Pada mulanya, cuaca agak mendung dan anak2 ikan kelihatan kurang aktif bermain air. Slama 20 minit menunggu, ZAAAAPPPP!!! Joran ak jatuh dalam ayaq. “Pergh! Besaq nih” aku men2 lepas drag, tarik dy kat tempat landai, akhirnya, ikan pertama kami “landed”. Ikan Bulan. 

Swaktu landed!

NIce~~

Pak Lang pn nk bergambar jugak.. hihihi
Kasihan plak tgk pak lang aku xdapat sentap sekor ikan pon. Sanggup dy datang jauh dari Penang smata2 nak mancing ikan siakap nih. Tp haram sekor pn xsambaq dy punya joran. Kasihankan dy, ak pun berniat nak bagi dy sentap ikan kalw ada ikan sambaq aku punya joran. Dalam dok sembang2, tiba satu sentapan kuat kat joran ak.  Ak suh pak lang ak sambaq, aduhai, kalw dy smbaq awai sikit, mesti dapat ikan tu punya.. huhu.

more pictures during mancing....





Time nih memang moment paling geram lah.. boleh plak ak dok jinak2 ngan ikan tu, dlm 5-10 minit, sampai2 kat darat, time ak nk angkat, putus tali. apa lg, terjun la ak dalam kolam tuh.. terjun2 pun, ikan 2 ak xdapt tangkap balik.. adoi.~~~











 ikan yg kami mancing tu ada la dalam 5-6 ekoq. time nak balik tuh, ada mamat siam ni baru ja keringkan kolam liar. kami ambik la dalam 5-6 ekoq lg, bawak blik rumah, wat laksa n steam! hahaha..









video
video sewaktu ikan tu curang. haha


Friday, 1 July 2011

Kolam Berjasa.. XD

Hai all!!

Well, This is my first blog. Actually, aku bukan tau sangat nk wat benda2 nih. Tapi dari dulu lg teringin nak buat. Haha. =)
I'l try my best untuk wat blog nih. haha

Bapak borek, anak rintik : pepatah Melayu, yg ni memang kena ngan aku. Mula dari tok wan aku, seorang nelayan, pastu ayah aku plak, kaki jala ngan mancing, lani, aku pulak. Adik aku pun dah nmpak dah gaya tuh. haha =) 

Family aku ni kaki gila mancing. Serious, kalau boleh, tiap2 hari nak pegi mancing =)  Lokasi fav kami, kolam terbiar kat Kolam Ah Yik kat Bagan Tiang. Kalau hampa nak tau, kolam ni la tempat rezeki kami. Orang len mahai2 beli siakap kat market, mau sekilo rm40, kami ni, siakap tu mcm ikan kembung ja bg kami. Sampai x lalu nak makan lah  :) 


Kolam ni tempat bela ikan siakap. Tapi tauke tu buat 2 kolam terbiaq so air dari laut n sungai leh la kumpul kat situ. Mungkin la ada anak2 ikan terlepas kat situ, beranak pinak, makin lama, makin byk, jadi kolam terbiar tu penuh ngan ikan XD  Aku x berapa pasti macam mana ayah aku boleh dapat link nak masuk kolam ni, sebab tauke ni bukan bg org masuk kolam dy sesuka hati. Mungkin ayah aku guna magic kot? =.=' 

Kolam Ah Yik . Cantik x?

Yang menariknya, kolam ni bukan saja consists of siakap, ikan bulan pon ada, sembilang, siakap merah, senangin, bawal emas n mungkin ada lg, belom cukup discover lg dlm kolam tuh. HAHA. Ikan pengacau? toksah dok tanya lah. Direct ja sangkut kail. Kadang2 rimas gila, tp layan jela. :)  


Ikan "Raja Muara" ni memang kuat.
Ikan Bulan mmg power kalw layan..pergh! 15min lawan dy nih.

Panjang x? 1 Meter

Anak Bulan oh bulan

Hasil kami pada 26/9/2009. Banyak x?

Fresh dari ladang.

Abah ngan Adik Azrul

Mak ngan adik. Cantik kn suasana?


Walau apa2 pun, kolam ni mmg byk berjasa kat kami. Sayang gila. MUah! =.='